6 Ogo 2017

Dimana Letaknya Syurga Suami


Syurga anak, dibawah telapak kaki ibunya,
Syurga ibu itu pada suaminya,
Syurga suami pula dimana lepatknya ?


Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat memberkas di hati, tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz, Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yang ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu^_^

Sumber : fbNurulHallawati



Terima Kasih mak dan ayah untuk pengorbananmu.
Keluargaku Syurgaku

post written by:

Related Posts

  • Aku kan pergi segala yg ku berihanya dia yg dihatikeranaku sangat cintahanya dia yg sempurna..masihkah ada waktuuntukku memberitahutentang aku yg kan pergimeninggalkan sem… Continue Reading
  • Jika Engkau Pergi Bermulanya semua hanya dengan rasa Ada saja yang tak kena Rupanya kau berkasih Menyingkir setia Sandiwara penuh dusta Kini ku beri satu amaran Jangan nanti … Continue Reading
  • Rupanya si kaya itu miskin Lebih banyak harta si kaya, lebih banyak pula keperluan untuk melindungi hartanya..Makin besar rumah dia, makin besar pula keperluan menjaga keselamatannya.… Continue Reading
  • Lupakan soleh dan jadilah solehah   SEORANG GADIS BERTANYA KEPADA IBUNYA : "Ummi , macam mana nak cari seorang lelaki yang soleh?" LALU IBUNYA MENJAWAB DENGAN RINGKAS : "Lupakan … Continue Reading
  • Pencarian cinta Duhai pencari cinta sekaliannya ,Apakah masih terhijab dibalik tirai makhluk dan tadbir diri ?.Menggilai imam menggilai ma'mum ,.Terpedaya kata-kata manis m… Continue Reading

3 ulasan:

  1. peringatan buat kita semua...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #31.

    http://www.mialiana.com/2017/07/senarai-url-blog-31.html

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada malam ini. Gud luck.

    BalasPadam
  2. Wah, terbaik. kadang2 terpikir kan. Kita rasa mcm x adil gitu. tapi rupanya lg berat tu. sbb tanggungjwb suami amatlah banyak. bagus ustaz tu.

    Salam perkenalan kak yong. Jemput juga join giveway coklat Sii Nurul di sini.
    https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    BalasPadam