29 Jun 2020

Sebuah Kehidupan
Dunia ini umpama lautan yg luas.
Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya..
andai muatan kita adalah iman,
dan layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

19 Ogo 2018

Hatiku Berzikir Tetapi Masih Lalai
Imam al-Ghazali ditanya : Bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai ?

Jawab Imam al-Ghazali : " Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia "

6 Ogo 2017

Dimana Letaknya Syurga Suami

Syurga anak, dibawah telapak kaki ibunya,
Syurga ibu itu pada suaminya,
Syurga suami pula dimana lepatknya ?


Persoalan ini muncul saat saya membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yang sangat memberkas di hati, tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz, Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu Syurga SUAMI itu dimana pula???

Saya menjawab: Pada ibu nya

Ustaz menggeleng sambil tersenyum.

Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*

Saya terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada Tanggungjawab yang ada dibahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan untuk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika Isteri yang menyediakan rumah, yang membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal didalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, Haram cahaya itu untuk suaminya..Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri Redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu Syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar Sang Suami itu.

Kata ustaz lagi, di Makhamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan...maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka pada lelaki2 semua, sebelum memasang angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah Tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal didepan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg sy pernah dengar dn jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cri jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar :

Buat wanita2, cri jodoh bukan pd harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meski tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya pdmu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dn lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu^_^

Sumber : fbNurulHallawati



Terima Kasih mak dan ayah untuk pengorbananmu.
Keluargaku Syurgaku

30 Jul 2017

Bila Suami Pertama Kali Masuk Dapur
Dapur sangat sinonim dengan wanita. Bagi sebahagian wanita, berada di dapur merupakan salah satu terapi yang sangat berguna. Tenang, aman, damai dan bahagia. Tapi bagaimana pula dengan si suami.

Tidak dinafikan, zaman kini ada sebahagian lelaki yang masih terkial kial di dapaur. Sebelum kahwin, mungkin tidak gemar memasuki ruangan dapur untuk memasak. Tapi apabila sudah berumahtangga, tetiba datang keinginan untuk memasak dan menjamu si isteri dan air tangannya sendiri.

Wahhhh, si isteri bukan main teruja lagi nak merasa air tangan si suami. Hahaa apa yang jadi di penghujungnya tak siapa yang tahu.

Okay.. macam ni la gayanya bila langsung tak pernah masuk dapur. Bukan semua tapi segelintir saja. Tabahlah duhai isteri. Lepas ni rajinkan diri ajak si suami menolong apa yang patut di dapar ye.










Tanggujawab Seorang Ibu

TANGGUNGJAWAB SI IBU

Seekor ibu kucing yang telah kemalangan di langgar kereta pecah di bahagin mulut dan pendarahan teruk di kepala berusaha terhuyung hayang berjalan sekejap terduduk, bangun balik dan berjalan semula, cuba nak berlari tetapi jatuh. Akhirnya berjalan perlahan-lahan balik ke rumah semata-mata menunaikan tanggungjawabnya yang terakhir iaitu memberi sesuap susu kepada anak-anaknya yang kelaparan. Sampai sahaja di rumah, si ibu terus rebah di depan anak-anaknya. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa terus mencari susu ibunya sehingga terlena. Manakala ibunya pula dalam memberi susu telah menghembuskan nafas yang terakhir. Walaupun telah mati, susu tetap ada. Allah, sayunya hati melihat.

Manusia pula dera anak sendiri....

Allah SWT hantar kucing untuk kita belajar.


Disebalik kisah ibu seekor kucing ni kita boleh dapat satu pengajaran. Tanggungjawab. Kasih sayang.
Manusia di zaman yang serba canggih ni semakin kurang kasih sayang dan semakin lupa tanggungjawab. Hurmmm... manusia ada akal. Kenapa tidak gunakan akal tersebut dengan betul.


29 Jul 2017

18 Sebab Jin Merasuk Manusia
Wanita suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat dalam tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.



Antara sebabnya adalah

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.

2. Terdapat alat muzik yang melalaikan di rumah.

3. Meninggikan suara di dalam bilik air

4. Menangis atau merintih sebelum tidur

5. Membuang air panas di bilik air

6. Melompat tinggi tanpa baca bismillah

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan

8. Perasaan terlalu takut atau terlalu gembira ketawa berlebihan.

9. Suami isteri selalu bertengkar

10. Mengikut hawa nafsu

11. Terdapat gambar lukisan manusia atau anjing

12. Terdapat lambang salib pada lantai,sejadah atau langsir

13. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah

14. Perempuan yang suka bersolek

15. Berlaku sihir perjanjian antara jin dan tukang sihir

16. Jin jatuh cinta pada manusia

17. Suka baca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir

18. Terlampau marah

Sumber dari ceramah
(ustaz Dasuki Abd Rani )