3 Jun 2013

- robet jujur -

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
Previous Post - gambar tunang -
Next Post - wad gila -

post written by:

Related Posts

  • - m'cari p'ganti dirimu - b'musuh dgn org yg b'akal lebih mudah dari b'shbat dgn org yg sombong ! dihati tak lagi ada rasa cinta dan disini tak perlu engkau dtg lagi tak ingin ak … Continue Reading
  • - buta huruf -Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ”Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?… Continue Reading
  • - kejar kereta api -Ajoi,Sumardi dan Pancis sedang menunggu keretapi di stesyen keretapi Seremban. Diaorang bertiga kalau dah berjumpa macam-macam cerita di borakkan sehingga te… Continue Reading
  • - status gile publisiti - Jika dulu...ada status yg ala-ala islamik. Kemudian dihujung statusnya diletak ayat berupa pesanan "jika anda Islam....sila LIKE status ini" atau..... "Jika … Continue Reading
  • - ini semua poyo -Golongan Bajet "HOT" Di Facebook Nama Profile: Letak nama Adinda Evans, Fakhri ShawlRanoy, yg terbaru Kelabuson Chance. Baru urban skit. Letakkan full di belak… Continue Reading

0 Pengkritik: