Rupanya si kaya itu miskin
Lebih banyak harta si kaya, lebih banyak pula keperluan untuk melindungi hartanya.
.
Makin besar rumah dia, makin besar pula keperluan menjaga keselamatannya. Perlu pagar besar, perlu pintu besar, perlu kunci besar, perlu kerusi meja besar, perlu katil besar...
.
Perlu juga isteri besar... Ehh.. tidak ! Si kaya mahukan isteri yang sedang-sedang aja, yang tidak terlalu besar juga tidak terlalu kecil.
.
Walaupun mahu isteri yang sedang-sedang aja, namun, bukankah itu tanda masih berkehendak?
.
Lebih banyak kehendak, itu tanda keperluan tidak pernah cukup-cukup.
.
Bila keperluan tidak pernah cukup, maka itu tanda masih MISKIN !
.
Ahh.. Rupanya si kaya itu masih miskin !
Setuju!! Dlm tak sedarkan...
BalasPadamAda jugak si kaya yg memang kaya, jenis yg ingat tuhan selalu sedekah dan syukur dgn apa yg dia ada. Semua tu rezeki masing2. Tak semestinya rezeki tu dlm bentuk wang ringgit. Masa yg byk utk bersama family juga boleh dikira rezeki jugak tu. :)
BalasPadam